KILANG PEMULIAAN AL-QURAN DAN BUKU AGAMA

ATTIN GREEN
PUNCAK ALAM

KILANG PEMULIAAN AL-QURAN DAN BUKU AGAMA  PERTAMA DI MALAYSIA TANPA BAKAR (DE-INKING)

quran, light, spirituality-5385907.jpg
library, wisdom, reading-7720589.jpg
maps, pages, papers-1854199.jpg

Kami adalah syarikat yang merupakan pelopor dalam industri di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pelupusan Al-Quran dan buku agama tanpa menggunakan kaedah pembakaran, Ianya adalah TEKNOLOGI YANG TELAH DIPATERNKAN yang pertama di negara ini. Pendekatan kami yang inovatif melibatkan pengolahan semula Al-Quran dan buku agama yang hendak dilupuskan kemudian menghasilkan kertas semula yang boleh diguna pakai untuk kegunaan semasa. Kaedah ini memastikan bahawa tidak ada asap yang dilepaskan ke udara, yang pada kemudiannya membantu menjaga kebersihan dan kualiti udara di sekitar kita.

Selain itu, kita dapat mengurangkan pencemaran laut, kerana hasil pelupusan tidak dibuang ke laut. Dengan memanfaatkan teknologi pengasingan dakwat (DE-INKING), kami berusaha untuk menyelamatkan sumber alam dengan mengurangkan penebangan pokok untuk kertas, dan sebaliknya, menggunakan kiataran kertas sebagai alternatif yang lestari. Melalui teknologi hijau ini juga dapat mencegah pelupusan yang tidak wajar seperti pembuangan di tempat sampah dan lain-lain.

Pendekatan ini memastikan bahawa setiap naskhah Al-Quran dilupuskan dengan penuh hormat dan mengelakkan cara-cara yang bertentangan dengan syariah. Tambahan pula, penggunaan teknologi hijau membolehkan kami mempercepatkan proses pelupusan Al-Quran Berbanding dengan cara tradisional seperti pembakaran sekaligus memastikan tahap keselamatan serta kesucian.

Inisiatif kami tidak hanya bertujuan untuk menjalankan tugas pelupusan, tetapi juga untuk membantu mewujudkan impak positif ke atas alam sekitar dan masyarakat secara keseluruhan.

Kenapa perlunya memuliakan Al-Quran

KELEBIHAN MEMULIAKAN AL-QURAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI (DE-INKING) BERBANDING CARA BAKAR

Proses

dimana kita memproses Al-Quran dan buku agama sehingga menjadi produk yang bermanfaat kepada masyarakat

PENIMBANGAN

DAN PROSES SKALA

PULPER

KERTAS DI HANCURKAN

PULP

DAN DITAPIS

HASIL

MENJADI KERTAS KULIT KERAS

"Amazing Experience and Quality Work!"

MEMANG SANGAT MEMUDAHKAN DAN MENJAGA KEHORMATAN KITAB SUCI KITA
Attin Green Puncak Alam
Setiausaha syarikat

ingin memulakan projek dengan kami?

sertailah kami dalam usaha memelihara kesucian al-Quran, mengurus dan melupuskan salinan al-Quran yang lama dengan penuh tanggungjawab, memastikan perlakuan yang mulia terhadap kitab suci ini.